Skip to main content

Vitruvian bakal memperoleh majoriti pegangan saham dalam Expereo

AMSTERDAM, Netherlands, Feb. 02, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) — Vitruvian Partners, firma pertumbuhan modal dan beli habis antarabangsa, telah mencapai persetujuan dengan Apax Partners sas, firma ekuiti persendirian Eropah yang berpangkalan di Paris, untuk memperoleh majoriti pegangan saham dalam Expereo, pembekal terkemuka dunia untuk Internet Terurus, akses Awan dan penyelesaian SD-WAN. Apax Partners akan kekal sebagai pemegang saham minoriti bersama Vitruvian Partners dan pasukan pengurusan syarikat tersebut, yang akan terus memimpin perniagaan. Penyempurnaan urus niaga tersebut adalah tertakluk pada pemerolehan surat keterangan kawalan penggabungan yang lazim.
Expereo memiliki prestasi pertumbuhan, kewangan dan pemerolehan yang meningkatkan nilai, memantapkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam membekalkan Internet Global yang terurus dan penyelesaian ketersambungan rangkaian kepada rakan pembekal perkhidmatan komunikasi dan pelbagai pelanggan korporat multinasional yang mengagumkan di seluruh dunia.“Vitruvian Partners akan memperkukuh lagi trajektori pertumbuhan kami yang megah, membolehkan kami untuk memperoleh keuntungan dengan lebih cepat daripada perubahan dan peluang penting yang dibawa oleh transformasi digital dalam rangkaian global dan ruang ketersambungan awan”,” kata Irwin Fouwels, CEO Expereo. “Vitruvian dan sokongan padu daripada Apax Partners, akan membolehkan kami untuk membangunkan lagi kedudukan kepimpinan kami secara besar-besaran, di samping memperluas suit perkhidmatan kami, membolehkan transformasi rangkaian dan strategi awan diutamakan untuk pelanggan perusahaan global kami dengan Internet dan perkhidmatan akses awan yang dipertingkatkan dengan satu-satunya pengalaman pelanggan digital yang terbaik”.David Nahama, Rakan Kongsi Kanan di Vitruvian Partners, menambah:
“Kami telah memerhatikan Expereo sejak 2016 dan telah menyaksikan prestasinya melebihi jangkauan dengan konsisten, dan melakukan pelbagai perolehan strategik yang signifikan baru-baru ini. Expereo telah memantapkan kedudukan kepimpinan global dalam pasaran awan dan perangkaian ditakrifkan perisian global yang menarik, membolehkannya untuk menyampaikan penyelesaian yang meyakinkan dan berbeza kepada pelanggannya, lalu mengukuhkan daya tarikannya daripada perspektif pelaburan. Kami mendekati Irwin dan Thomas pada penghujung tahun lepas dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan pasukan Expereo dan Apax untuk langkah penting seterusnya dalam pengembangan dan kejayaan Expereo.” Joe O’Mara, Rakan Kongsi di Vitruvian Partners, menyimpulkan: “Bersama-sama Apax, kami yakin bahawa kami memiliki kebolehan modal dan operasi yang signifikan untuk menyokong aspirasi pertumbuhan dan perolehan Expereo.”
Thomas de Villeneuve, Rakan Kongsi di Apax Partners, berkata: “Penggunaan pantas aplikasi berdasarkan awan dan teknologi SD-WAN meletakkan penyelesaian WAN berdasarkan Internet di pusat model perniagaan syarikat multinasional. Expereo telah mencapai pertumbuhan yang mengagumkan sejak kami melabur dalam perniagaan tersebut dan menjanakan keuntungan melalui trend teknologi ini. Kami amat berbesar hati untuk meneruskan perjalanan penuh kejayaan ini bersama-sama Vitruvian, Irwin dan pasukannya.”Perihal VitruvianVitruvian ialah sebuah firma pertumbuhan modal dan beli habis antarabangsa yang beribu pejabat di London dengan pejabat di London, Stockholm, Munich, Luxembourg, San Francisco dan Shanghai. Vitruvian menumpukan pada situasi dinamik yang disifatkan oleh pertumbuhan dan perubahan pesat merentasi industri seperti teknologi maklumat, perkhidmatan kewangan, sains hayat & penjagaan kesihatan, media dan perkhidmatan perniagaan dan pengguna. Dana Vitruvian telah menyokong hampir 50 syarikat dan memiliki aset bawah pengurusan kira-kira €10 bilion. Pelaburan terkemuka setakat ini termasuklah peneraju pasaran dan inovator dalam bidang mereka seperti Voxbone, Bitdefender, Farfetch, Just Eat, Trustpilot, Easypark, Unifaun, Marqeta Global–e  dan CRF Health, Vitruvian ialah penandatangan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (“PRI”) yang disokong oleh PBB.www.vitruvianpartners.comPerihal ExpereoExpereo merupakan pembekal utama bagi penyelesaian rangkaian terurus, termasuk ketersambungan Internet Global, SD-WAN dan perkhidmatan Pecutan Awan. Expereo merupakan rakan kongsi dipercayai oleh 30% daripada syarikat Fortune 500 dan menguasakan syarikat perusahaan dan laman kerajaan di seluruh dunia, membantu untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dengan prestasi Internet yang fleksibel dan optimum.www.expereo.comPerihal Apax PartnersExpereo diperoleh oleh Apax Partners pada tahun 2018.
Apax Partners ialah firma ekuiti persendirian utama Eropah yang berpangkalan di Paris. Dengan pengalaman lebih daripada 45 tahun, Apax Partners menyediakan pembiayaan ekuiti jangka panjang untuk membina dan mengukuhkan syarikat bertaraf dunia. Dana yang diuruskan dan dinasihati oleh Apax Partners melebihi €4 bilion. Dana ini dilaburkan dalam syarikat pasaran pertengahan yang berkembang pantas merentasi empat sektor pengkhususan: Teknologi & Telekom, Pengguna, Penjagaan Kesihatan dan Perkhidmatan.
Apax Partners sas beribu pejabat di Paris (www.apax.fr) dan Apax Partners LLP beribu pejabat di London (www.apax.com) memiliki sejarah yang sama tetapi kedua-duanya merupakan firma ekuiti persendirian bebas yang berasingan.@ApaxPartners_Fr
www.apax.fr
Penasihat 
Vitruvian dinasihati oleh Freshfields, Bruckhaus Deringer (undang-undang), Nielen Schuman (penasihat kewangan & hutang korporat), Bain & Company (usaha wajar komersial), FTI Consulting (usaha wajar kewangan) dan PwC (cukai). Apax dinasihati oleh Weil, Gotshal & Manges.
© Expereo 2021Maklumat Hubungan:
Conor McGee

Disclaimer & Cookie Notice

Welcome to GOLDEA services for Professionals

Before you continue, please confirm the following:

Professional advisers only

I am a professional adviser and would like to visit the GOLDEA CAPITAL for Professionals website.

Important Notice for Investors:

The services and products offered by Goldalea Capital Ltd. are intended exclusively for professional market participants as defined by applicable laws and regulations. This typically includes institutional investors, qualified investors, and high-net-worth individuals who have sufficient knowledge, experience, resources, and independence to assess the risks of trading on their own.

No Investment Advice:

The information, analyses, and market data provided are for general information purposes only and do not constitute individual investment advice. They should not be construed as a basis for investment decisions and do not take into account the specific investment objectives, financial situation, or individual needs of any recipient.

High Risks:

Trading in financial instruments is associated with significant risks and may result in the complete loss of the invested capital. Goldalea Capital Ltd. accepts no liability for losses incurred as a result of the use of the information provided or the execution of transactions.

Sole Responsibility:

The decision to invest or not to invest is solely the responsibility of the investor. Investors should obtain comprehensive information about the risks involved before making any investment decision and, if necessary, seek independent advice.

No Guarantees:

Goldalea Capital Ltd. makes no warranties or representations as to the accuracy, completeness, or timeliness of the information provided. Markets are subject to constant change, and past performance is not a reliable indicator of future results.

Regional Restrictions:

The services offered by Goldalea Capital Ltd. may not be available to all persons or in all countries. It is the responsibility of the investor to ensure that they are authorized to use the services offered.

Please note: This disclaimer is for general information purposes only and does not replace individual legal or tax advice.