Skip to main content

TELUS Corporation mengumumkan perjanjian untuk memperoleh Competence Call Center menerusi TELUS International

Penggabungan ini menambahkan skala yang signifikan kepada TELUS International, dan mengembangkan nilai perusahaannya kepada kira-kira C$5 bilionPotensi pertumbuhan lanjut meletakkan TELUS International dalam kedudukan untuk membuat penawaran awam awal pada masa hadapan yang disasarkan dalam 12-24 bulan akan datangVANCOUVER, British Columbia, Dec. 06, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) — Hari ini, TELUS Corporation (T-TSX; NYSE-TU), menerusi TELUS International, penginovasi pengalaman pelanggan yang mereka bentuk, membina dan menyampaikan penyelesaian digital generasi seterusnya untuk jenama global, mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk memperoleh Competence Call Center (CCC), sebuah pembekal perkhidmatan perniagaan milik persendirian dengan nilai tambahan lebih tinggi dengan tumpuan terhadap pengurusan hubungan pelanggan dan penyederhanaan kandungan, untuk lebih kurang €915 juta (lebih kurang C$1.3 bilion) yang merangkumi hutang dan ekuiti, tertakluk pada pelarasan akhir biasa.“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan pekerja dan pelanggan Competence Call Center menyertai keluarga TELUS kami,” kata Darren Entwistle, Presiden dan CEO TELUS. “Pengumuman hari ini menambahkan skala dan kepelbagaian yang signifikan kepada TELUS International – pemacu pertumbuhan yang penting dan terbeza untuk TELUS – dan meningkatkan anggaran nilai perusahaan organisasi kepada kira-kira C$5 bilion. Keupayaan dikembangkan bagi gabungan syarikat itu akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan yang dikagumi di peringkat global dan penyelesaian digital inovatif yang sinonim dengan jenama TELUS International. Lebih penting lagi, penggabungan ini akan memberikan impak positif kepada kekukuhan kewangan dan operasi TELUS, menyokong kemajuan rangkaian jalur lebar bertaraf dunia kami di Kanada dan juga kepimpinan global kami dalam kecemerlangan perkhidmatan pelanggan. Tambahan pula, pemerolehan Competence Call Center memperkukuh kemajuan berterusan TELUS International dalam strategi pertumbuhan yang berjaya dengan meletakkan kedudukan mereka untuk potensi penawaran awam awal pada masa hadapan dalam 12-24 bulan seterusnya, meletakkan organisasi itu untuk pertumbuhan yang berterusan pada tahun mendatang.”Diasaskan pada 1998 di Austria, ibu pejabat CCC hari ini terletak di Berlin, Jerman dan membekalkan perkhidmatannya yang telah memenangi anugerah merentasi 11 negara Eropah1, dengan lebih 8,500 pekerja. CCC bekerjasama dengan jenama global yang terkemuka dalam industri terutamanya dari sektor teknologi, media dan telekomunikasi, runcit, dan pelancongan dan hospitaliti yang berkembang pesat – vertikal pertumbuhan utama untuk TELUS International. Pemerolehan CCC akan membawa pempelbagaian yang besar dalam operasi dan pangkalan pelanggan TELUS International di Eropah. Keupayaan CCC akan meningkatkan kebolehan TELUS International untuk menyampaikan kecemerlangan perkhidmatan pelanggannya yang terkenal kepada pelanggan, termasuklah TELUS dan rangkaian jalur lebar wayarles dan talian dawai terkemuka di Kanada.Pemerolehan ini dijangka untuk menambahkan skala yang signifikan kepada TELUS International, iaitu pemacu pertumbuhan yang penting dan terbeza untuk TELUS, dan akan menyokong keputusan operasi dan kewangan TELUS yang disatukan termasuklah hasil, EBITDA dan pertumbuhan aliran tunai bebas. Pada tahun fiskal 2019, CCC dijangka untuk melaporkan hasil sebanyak kira-kira C$450 juta. Pada dasar proforma, hasil ditahunkan tergabung 2019 TELUS International akan melebihi C$1.75 bilion dan EBITDA akan meningkat kepada kira-kira C$400 juta. Pemerolehan CCC akan serta-merta menjadi hasil dan akretif EBITDA kepada TELUS dan TELUS International, dan juga akretif margin EBITDA kepada TELUS International. Tambahan lagi, dengan intensiti modal rendah dalam perniagaan gabungan, transaksi ini juga dijangka untuk menyokong pembesaran aliran tunai bebas segera.“Ini merupakan hari yang mengujakan untuk seluruh pasukan Competence Call Center sementara kita menanti-nantikan untuk menyertai budaya prihatin kedua-dua syarikat kami yang berfokus pada perkembangan ahli pasukan dan penglibatan dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan pelanggan,” kata Christian Legat, CEO, CCC. “Kami berkongsi komitmen tinggi pasukan TELUS International dalam mengutamakan pelanggan dan tidak sabar untuk bergabung sebagai satu organisasi untuk meningkatkan kuasa, capaian dan prestasi dalam gabungan kebolehan kami untuk faedah pelanggan dan pasukan kami.”Pemerolehan CCC akan dibiayai oleh kemudahan kredit bukan berbantuan TELUS International dan ekuiti tambahan daripada TELUS Corporation dan Baring Private Equity Asia (BPEA). Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, pengurusan kanan CCC akan melabur semula sebahagian besar pemilikan ekuiti mereka dalam CCC kepada TELUS International. Sumbangan modal ekuiti TELUS Corporation dan BPEA masing-masing dijangka mencecah lebih kurang C$165 juta dan lebih kurang C$90 juta. Susulan selesainya pemerolehan itu, TELUS Corporation akan mengekalkan lebih kurang 62 peratus kepentingan dalam TELUS International. Pemerolehan ini tertakluk pada syarat akhir biasa dan kelulusan berperaturan. Penyelesaian itu dijangka berlaku pada awal suku pertama 2020.Perihal TELUS
TELUS (TSX: T, NYSE: TU) merupakan sebuah syarikat komunikasi dan teknologi maklumat terkemuka dunia dengan hasil tahunan sebanyak C$14.6 bilion dan 14.5 juta sambungan pelanggan daripada wayarles, data, IP, suara, televisyen, hiburan, video dan sekuriti. Kami memanfaatkan teknologi terkemuka dunia kami untuk mendayakan hasil manusia yang mengagumkan. Komitmen tinggi kami dalam mengutamakan pelanggan mendorong setiap aspek perniagaan kami, menjadikan kami ketua yang jelas dalam kecemerlangan dan kesetiaan perkhidmatan pelanggan. TELUS Health ialah pembekal penjagaan kesihatan IT terbesar Kanada, dan TELUS International menyampaikan penyelesaian proses perniagaan paling inovatif kepada beberapa jenama paling terkemuka dunia.
Didorong oleh minat kami dalam tujuan sosial untuk menyambungkan semua rakyat Kanada untuk jangka masa panjang, falsafah kami yang sangat mendalam, bermakna dan bertahan untuk bersikap murah hati di tempat kami berada dan kami telah mengilhamkan ahli pasukan dan pesara kami untuk menyumbangkan lebih C$700 juta dan 1.3 juta hari perkhidmatan sejak tahun 2000. Kemurahan hati yang tidak pernah berlaku dan kesukarelawan tiada tandingan ini telah menjadikan TELUS sebuah syarikat yang paling murah hati di dunia. Untuk maklumat lanjut tentang TELUS, sila lawati telus.com.Pernyataan prospektif:Siaran berita ini mengandungi kandungan tentang jangkaan acara masa hadapan, termasuklah pernyataan berkaitan rancangan pemerolehan Competence Call Center (CCC) oleh TELUS International, jangkaan masa transaksi itu, jangkaan faedah transaksi dan rancangan untuk penyepaduan (termasuklah pernyataan berkenaan jangkaan hasil CCC dan hasil tergabung TELUS International untuk tahun 2019 dan EBITDA), potensi rancangan dan masa untuk penawaran awam awal (IPO) oleh TELUS International dan juga jangkaan nilai perusahaan TELUS International susulan pemerolehan itu. Berdasarkan sifatnya, pernyataan prospektif memerlukan TELUS untuk membuat anggapan dan ramalan dan tertakluk pada risiko dan ketidaktentuan inheren. Tiada jaminan bahawa pemerolehan itu akan selesai mengikut jangkaan atau mengikut terma dan syarat yang dijelaskan dalam siaran berita ini, bahawa kelulusan kawal selia yang diperlukan akan diperoleh, bahawa jangkaan keputusan kewangan atau jangkaan faedah transaksi itu (termasuklah jangkaan peningkatan kepada nilai perusahaan TELUS International) akan berlaku, atau bahawa IPO oleh TELUS International akan selesai dalam jangka masa yang disasarkan atau pada sebarang tahap sekali pun. Terdapat risiko signifikan bahawa pernyataan prospektif akan dibuktikan sebagai tidak tepat. Kenyataan prospektif dalam siaran berita ini menjelaskan jangkaan setakat tarikh siaran berita ini dan, sewajarnya, tertakluk pada perubahan selepas tarikh tersebut. Pembaca diperingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar pada pernyataan prospektif kerana berbilang faktor boleh menyebabkan acara masa depan sebenar yang berbeza dengan banyak berbanding yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif itu. Sewajarnya, siaran berita ini tertakluk pada penafian dan diluluskan berdasarkan anggapan, kelayakan dan faktor risiko yang dirujuk dalam perbincangan dan analisis Pengurusan suku ketiga TELUS 2019 dan laporan tahunan 2018, dan dalam dokumen dan pemfailan pendedahan umum TELUS dengan suruhanjaya sekuriti di Kanada (pada SEDAR di sedar.com) dan di Amerika Syarikat (pada EDGAR di sec.gov). Melainkan diperlukan oleh undang-undang, TELUS menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula pernyataan prospektif.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Hubungan Media TELUS
François Gaboury
(438) 862-5136
francois.gaboury@telus.com 
Hubungan Pelabur TELUS
Robert Mitchell
(647) 837-1606
ir@telus.com
________________________
1 Austria, Bosnia & Herzegovina, Perancis, Jerman, Latvia, Poland, Romania (TELUS International memiliki tapak sedia ada), Slovakia, Sepanyol, Switzerland, Turki

Disclaimer & Cookie Notice

Welcome to GOLDEA services for Professionals

Before you continue, please confirm the following:

Professional advisers only

I am a professional adviser and would like to visit the GOLDEA CAPITAL for Professionals website.

Important Notice for Investors:

The services and products offered by Goldalea Capital Ltd. are intended exclusively for professional market participants as defined by applicable laws and regulations. This typically includes institutional investors, qualified investors, and high-net-worth individuals who have sufficient knowledge, experience, resources, and independence to assess the risks of trading on their own.

No Investment Advice:

The information, analyses, and market data provided are for general information purposes only and do not constitute individual investment advice. They should not be construed as a basis for investment decisions and do not take into account the specific investment objectives, financial situation, or individual needs of any recipient.

High Risks:

Trading in financial instruments is associated with significant risks and may result in the complete loss of the invested capital. Goldalea Capital Ltd. accepts no liability for losses incurred as a result of the use of the information provided or the execution of transactions.

Sole Responsibility:

The decision to invest or not to invest is solely the responsibility of the investor. Investors should obtain comprehensive information about the risks involved before making any investment decision and, if necessary, seek independent advice.

No Guarantees:

Goldalea Capital Ltd. makes no warranties or representations as to the accuracy, completeness, or timeliness of the information provided. Markets are subject to constant change, and past performance is not a reliable indicator of future results.

Regional Restrictions:

The services offered by Goldalea Capital Ltd. may not be available to all persons or in all countries. It is the responsibility of the investor to ensure that they are authorized to use the services offered.

Please note: This disclaimer is for general information purposes only and does not replace individual legal or tax advice.