• Home
  • Journal
  • Public Companies
  • Teknologi Pemesejan Lanjutan Synchronoss Akan Membantu Memperkasakan Aplikasi Pemesejan Kaya yang Saling Boleh Beroperasi Sepenuhnya untuk Usaha Sama Baharu CCMI daripada AT&T, Sprint, T-Mobile dan Verizon

Teknologi Pemesejan Lanjutan Synchronoss Akan Membantu Memperkasakan Aplikasi Pemesejan Kaya yang Saling Boleh Beroperasi Sepenuhnya untuk Usaha Sama Baharu CCMI daripada AT&T, Sprint, T-Mobile dan Verizon

BRIDGEWATER, N.J., Nov. 13, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) — Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ:SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa syarikat mereka sedang bekerjasama dengan usaha sama baharu yang terbentuk daripada empat operator mudah alih terbesar di Amerika Syarikat – AT&T, Sprint, T-Mobile dan Verizon – untuk membantu dalam penyampaian pengalaman pemesejan mudah alih lanjutan merentasi keempat-empat rangkaian mudah alih.
Berdasarkan standard Perkhidmatan Komunikasi Kaya (RCS) yang dibangunkan bersama rakan kongsi teknologi WIT Software, platform ini berpotensi untuk mewujudkan ekosistem pemesejan yang membolehkan jenama pelanggan mencipta tahap penglibatan baharu dan memenuhi pilihan yang semakin bertambah bagi interaksi yang kaya dengan kandungan dan diperibadikan melalui komunikasi pemesejan. Dengan persetujuan pelanggan, teknologi ini akan membenarkan perniagaan berinteraksi secara langsung dengan pelanggan mereka menggunakan komunikasi multimedia berjenama dan interaktif serta pemesejan satu kepada satu. Aplikasi tersebut juga akan membolehkan pengguna menambahkan keupayaan multimedia lanjutan pada mesej teks mereka serta mencapai, melibatkan diri dan berinteraksi dengan jenama kegemaran mereka tanpa perlu menukar daripada satu aplikasi kepada aplikasi lain.“Inisiatif pemesejan silang pembawa berpotensi untuk mengalihkan ekosistem wayarles kepada perkhidmatan pemesejan baharu dan inovatif yang akan meningkatkan prestasi pengalaman baharu – membolehkan pelanggan wayarles A.S. mengurus kehidupan digital mereka dan mendayakan interaksi yang berkesan dan mudah dengan jenama kegemaran mereka melalui satu aplikasi,” kata Glenn Lurie, Presiden dan CEO Synchronoss Technologies. “Pelancaran inisiatif ini menunjukkan permulaan zaman pemesejan lanjutan di A.S. yang akan mula menyatukan komunikasi, perkhidmatan dan hiburan melalui cara baharu. Synchronoss bersama-sama dengan rakan kongsi kami, WIT Software telah menyaksikan kehebatan pemesejan lanjutan di seluruh dunia dan kami yakin bahawa terdapat potensi besar untuk pasaran ini dalam pelbagai bidang di A.S.. Kerjasama ini merupakan contoh cara bekerjasama dapat meningkatkan keseluruhan ekosistem mudah alih.”Doug Garland, Pengurus Besar untuk usaha sama CCMI berkata, “Melalui kerjasama dengan Synchronoss, kami akan dapat meningkatkan pengalaman pemesejan dengan jayanya melalui RCS dan mengambil langkah seterusnya untuk memajukan ekosistem komersial perbualan. Dengan keupayaan RCS baharu, keempat-empat pembawa wayarles akan dapat mewujudkan keseluruhan pengalaman pelanggan pemesejan mudah alih yang lebih baik.”Synchronoss dan WIT Software ialah pembekal pemesejan yang sudah lama ditubuhkan dengan keupayaan terbukti untuk syarikat di seluruh dunia. Pada tahun lepas, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan operator Jepun untuk mewujudkan platform silang operator pemesejan lanjutan berdasarkan RCS saling boleh beroperasi sepenuhnya yang pertama di dunia untuk pengguna mudah alih di Jepun.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman lancar dan kepelbagaian keupayaan RCS, lawati https://synchronoss.com/advancedmessaging/Perihal Synchronoss
Synchronoss (NASDAQ:SNCR) mentransformasikan cara syarikat menjanakan hasil baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh dilanjutkan dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan Teknologi-Media-Telekomunikasi mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.
Maklumat Hubungan:Media:
Amerika Utara:
Diane Rose
CCgroup
T: +1 202-350-2469
E: synchronoss@ccgrouppr.com
Antarabangsa:
Anais Merlin
CCgroup
T: +44 (0)203 824 9219
E: synchronoss@ccgrouppr.com
Pelabur:
Joe Crivelli
Synchronoss
908-566-3131
investor@synchronoss.com 

Disclaimer & Cookie Notice

Welcome to GOLDEA services for Professionals

Before you continue, please confirm the following:

Professional advisers only

I am a professional adviser and would like to visit the GOLDEA CAPITAL for Professionals website.

Cookie Notice

We use cookies to improve your experience on our website

Information we collect about your use of Goldea Capital website

Goldea Capital website collects personal data about visitors to its website.

When someone visits our websites, we use a third party service, Google Analytics, to collect standard internet log information (such as IP address and type of browser they’re using) and details of visitor behavior patterns. We do this to allow us to keep track of the number of visitors to the various parts of the sites and understand how our website is used. We do not make any attempt to find out the identities or nature of those visiting our websites. We won’t share your information with any other organizations for marketing, market research or commercial purposes and we don’t pass on your details to other websites.

Use of cookies
Cookies are small text files that are placed on your computer or other device by websites that you visit. They are widely used to make websites work, or work more efficiently, as well as to provide information to the owners of the site.