Ingredion Incorporated Melaporkan Hasil Suku Tahun Keempat dan Hasil Penuh Tahun 2020

EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun keempat 2020 masing-masing $1.70 dan $1.75 berbanding masing-masing $1.61 dan $1.54 pada suku tahun keempat 2019EPS yang dilaporkan dan dilaraskan bagi tempoh tahun 2020 yang penuh masing-masing $5.15 dan $6.23 berbanding masing-masing $6.13 dan $6.61 pada tempoh setahun yang laluSyarikat ini menjangkakan jualan bersih dan pendapatan operasi tahun penuh 2021 akan meningkat secara sederhana, didorong dengan peningkatan bahan istimewa, pemulihan volum lain dan penjimatan Cost Smart
WESTCHESTER, Ill., Feb. 10, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) — Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global pembekal penyelesaian bahan kepada industri pembuatan makanan dan minuman ini melaporkan hasil bagi suku tahun keempat dan tahun penuh 2020 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.“Kami menyahut cabaran 2020 dan memberikan prestasi yang mantap sementara memajukan Peta Jalan Memacu Pertumbuhan di kelima-lima platform Istimewa kami. Pasukan kami menunjukkan kecekapan sepanjang tahun dengan mengendalikan kilang kami dengan cekap, berhubung rapat dengan pelanggan, menjangkakan keperluan mereka dan membolehkan kami untuk terus menjadi pembekal pilihan. Peralihan kepada cara baharu bekerja menghasilkan lebih daripada 1,300 penglibatan maya dengan pelanggan bagi mencipta bersama dan menyampaikan idea serta penyelesaian inovatif daripada platform interaktif maya kami, Idea Labs.”“Kami mempunyai prestasi yang cemerlang pada suku tahun keempat dengan pertumbuhan jualan bersih sebanyak 3% tahun demi tahun, dengan setiap rantau menyumbang kepada pertumbuhan jualan bersih. Volum permintaan pada tiga daripada empat rantau kembali pulih daripada impak COVID-19, yang merupakan tanda yang sangat menggalakkan. Selain itu, kami juga mempunyai prestasi yang hebat di Amerika Selatan, diterajui perolehan sebut harga yang kukuh, yang membolehkan kami agar kekal selari dengan inflasi dan keadaan pasaran yang berubah-ubah,” ujar Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion.“Dalam suku tahun tersebut, kami juga melengkapkan pemerolehan strategik pemilikan 100% kami terhadap Verdient Foods, Inc., menggerakkan pasukan integrasi serta melanjutkan pembinaan pada rangkaian pengeluaran protein berasaskan tumbuhan Istimewa kami. Selain itu, kami mendapat status perakuan gred makanan yang disyorkan untuk kemudahan pengasingan protein kacang kami di South Sioux City. Jualan bersih bahan istimewa meningkat di keempat-empat rantau untuk suku tahun dan tahun penuh, kecuali bagi impak pertukaran wang asing. Kini, jualan tersebut mewakili 32 peratus jualan bersih tahunan kami,” sambung Zallie.“Dengan beroperasi berdasarkan set minda sebagai pemilik, pasukan kami mencapai kemajuan yang sangat besar dalam mereka semula dan menstruktur semula organisasi kami di keempat-empat rantau, lantas menghasilkan $103 juta penjimatan kadar larian, yang melebihi sasaran Cost Smart tahun 2020 kami. Kami bakal mencapai sasaran tiga tahun kami sebanyak $170 juta sebelum penghujung tahun 2021.”“Sementara kami memasuki tahun 2021 dengan momentum yang meningkat, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk terus memajukan strategi pertumbuhan kami dan menyampaikan nilai-nilai pada setiap interaksi pengalaman pelanggan. Kami kekal komited dengan misi kami untuk menjadi pembekal yang diyakini dan dipercayai, serta rakan inovasi kepada pelanggan kami. Kami percaya bahawa pendekatan bertumpu kami akan mencipta nilai jangka masa panjang bagi semua pihak berkepentingan kami,” rumus Zallie.*Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, kadar cukai pendapatan efektif yang dilaraskan dan aliran tunai yang dilaraskan daripada operasi ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP A.S. yang paling dapat dibandingkan dengan langsung.Pendapatan Dicairkan Sesaham (EPS)
Faktor dianggarkan yang memberikan kesan terhadap perubahan nilai EPS dilaporkan dan dilaraskan
**Jumlah mungkin berbeza disebabkan pembundaranSorotan KewanganPada 31 Disember 2020, jumlah hutang serta wang tunai dan pelaburan jangka masa pendek masing-masing $2.2 bilion dan $665 juta berbanding dengan masing-masing $1.8 bilion dan $268 juta pada 31 Disember 2019. Punca utama peningkatan jumlah hutang dan tunai serta pelaburan jangka pendek ialah penjualan hutang senior bernilai $1.0 bilion oleh Syarikat pada suku tahun kedua 2020 dan penambahan dalam modal kerja, dengan sebahagiannya diimbangi oleh penebusan $400 juta hutang senior November 2020 pada bulan Julai.Kos kewangan bersih adalah $22 juta atau $3 juta lebih tinggi pada suku tahun keempat dari tempoh setahun yang lalu. Peningkatan ini adalah disebabkan impak pertukaran mata wang asing yang lebih tinggi, dengan sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan faedah bersih yang lebih rendah disebabkan kadar faedah yang lebih rendah.Kadar cukai efektif yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun ini masing-masing ialah 18.9 peratus dan 27.1 peratus berbanding masing-masing 25.2 peratus dan 27.5 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. Punca utama penurunan dalam kadar cukai yang dilaporkan adalah daripada peningkatan nilai Peso Mexico terhadap dolar A.S. dan beberapa item satu kali yang lain, dengan sebahagiannya diimbangi oleh campuran pendapatan negara.Perbelanjaan modal bagi tahun penuh ialah $333 juta, meningkat $5 juta sejak tempoh setahun yang lalu.Ulasan PerniagaanIngredion KeseluruhanPendapatan Operasi yang DilaporkanPendapatan Operasi yang DilaraskanJualan BersihJualan bersih suku tahun keempat tahun ini berkurang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan ini didorong kuat oleh gabungan harga yang kukuh dan volum yang lebih tinggi di Amerika Selatan, termasuk hasil PureCircle dan pertumbuhan volum istimewa dalam keempat-empat rantau. Tidak termasuk impak pertukaran asing, jualan bersih meningkat sebanyak 4 peratus bagi suku tahun itu.Jualan bersih tahun penuh berkurang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan terhadap jualan bersih tahun penuh didorong oleh penurunan volum jualan di Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang sebahagian besarnya berkaitan dengan penutupan COVID-19 pada suku tahun kedua dan ketiga. Tidak termasuk impak pertukaran asing, jualan bersih menurun sebanyak 1 peratus bagi tahun penuh.Pendapatan operasiPendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan untuk suku tahun ini masing-masing ialah $163 juta dan $186 juta, iaitu menurun sebanyak 4 peratus dan meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Punca utama pengurangan pada pendapatan operasi yang dilaporkan adalah disebabkan pelemahan nama dagang, kos penstrukturan semula berkaitan dengan program Cost Smart kami dan kos pemerolehan serta integrasi yang sebahagian besarnya diimbangi oleh manfaat daripada penghakiman cukai hasil Brazil. Sebahagian besar peningkatan pada pendapatan operasi yang dilaraskan adalah disebabkan kos input yang lebih rendah di Amerika Utara dan campuran harga yang kukuh di Amerika Selatan. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan masing-masing turun 2 peratus dan meningkat 13 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan untuk tahun penuh masing-masing ialah $582 juta dan $659 juta, iaitu menurun sebanyak masing-masing 12 peratus dan 7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Punca utama pengurangan pada pendapatan operasi yang dilaporkan adalah disebabkan kos penstrukturan semula yang lebih tinggi berkaitan dengan program Cost Smart kami, pelemahan nama dagangan dan pelemahan lain serta kos pemerolehan dan integrasi yang sebahagian besarnya diimbangi oleh manfaat daripada penghakiman cukai hasil Brazil. Sebahagian besar penurunan ini berpunca daripada pendapatan operasi dilaraskan yang lebih rendah di Amerika Utara, kemasukan hasil PureCircle dan kos korporat yang lebih tinggi disebabkan pelaburan berterusan untuk memacu transformasi perniagaan dan digital. Sebahagian besar penurunan ini diimbangi oleh campuran harga yang kukuh di Amerika Selatan. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan masing-masing turun 9 peratus dan 3 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.Pendapatan operasi yang dilaporkan bagi suku tahun keempat adalah lebih rendah berbanding pendapatan operasi yang dilaraskan sebanyak $23 juta disebabkan pelemahan nama dagangan, kos penstrukturan semula berkaitan dengan program Cost Smart kami dan kos pemerolehan serta integrasi yang sebahagian besarnya diimbangi dengan manfaat daripada penghakiman cukai hasil Brazil.Pendapatan operasi yang dilaporkan bagi tahun penuh adalah lebih rendah berbanding pendapatan operasi yang dilaraskan sebanyak $77 juta disebabkan kos penstrukturan semula yang lebih tinggi berkaitan program Cost Smart kami, nama dagangan dan pelemahan lain serta kos pemerolehan dan integrasi yang sebahagian besarnya diimbangi dengan manfaat daripada penghakiman cukai hasil Brazil.Amerika Utara
Jualan Bersih
Pendapatan Operasi SegmenPendapatan operasiPendapatan operasi bagi suku tahun keempat ialah $129 juta, iaitu peningkatan sebanyak $16 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan ini dipacu oleh kos bersih jagung yang lebih rendah dan campuran harga yang menguntungkan.Pendapatan operasi bagi suku tahun keempat ialah $487 juta, iaitu penurunan sebanyak $35 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan ini dipacu oleh penurunan ketara penggunaan luar dari rumah di seluruh rantau dan penutupan pelanggan kilang bir di Mexico pada suku kedua dengan sebahagiannya diimbangi oleh kos bersih jagung yang lebih rendah dan campuran harga yang menguntungkan pada suku tahun keempat.Amerika Selatan
Jualan Bersih
Pendapatan Operasi SegmenPendapatan operasiPendapatan operasi bagi suku tahun keempat ialah $44 juta, iaitu peningkatan sebanyak $9 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan tersebut dipacu oleh campuran harga yang kukuh dan penentuan masa sebanyak $5 juta dolar penghakiman cukai hasil di Brazil, yang sebahagian besarnya diimbangi oleh impak pertukaran mata wang asing yang tidak menguntungkan. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat sebanyak 40 peratus.Pendapatan operasi tahun penuh ialah $112 juta, peningkatan sebanyak $16 juta dari tempoh sama pada tahun lalu disebabkan campuran harga yang kukuh yang sebahagiannya diimbangi oleh kesan mata wang asing yang tidak menguntungkan dan jumlah jualan yang lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat sebanyak 35 peratus. Hasil untuk Argentina dicatat dalam dolar A.S. di bawah perakaunan hiper-inflasi.Asia Pasifik
Jualan Bersih
Pendapatan Operasi SegmenPendapatan operasiPendapatan operasi suku tahun keempat tahun ini ialah $20 juta, kurang $2 juta dari tempoh yang sama pada tahun lalu, didorong oleh kerugian operasi sebanyak $6 juta daripada PureCircle. Tidak termasuk hasil PureCircle, pendapatan operasi suku tahun keempat tahun ini ialah $26 juta, meningkat $4 juta dari tempoh yang sama pada tahun lalu, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah.Pendapatan operasi bagi suku tahun keempat ialah $80 juta, iaitu penurunan sebanyak $7 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Hasil PureCircle mengurangkan pendapatan operasi tahun penuh sebanyak $11 juta. Tidak termasuk hasil PureCircle, pendapatan operasi tahun penuh meningkat $4 juta dari tahun lepas, apabila kos yang lebih rendah mengimbangi volum jualan yang lebih rendah pada separuh tahun pertama 2020 disebabkan impak COVID-19. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi segmen menurun sebanyak 8%.Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA)
Jualan Bersih
Pendapatan Operasi SegmenPendapatan operasiPendapatan operasi bagi suku tahun keempat ialah $29 juta, iaitu meningkat sebanyak $1 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Sebahagian besar peningkatan ini adalah disebabkan kos input yang lebih rendah dan campuran harga yang menguntungkan.Pendapatan operasi bagi tahun penuh ialah $102 juta, iaitu penurunan sebanyak $3 juta berbanding tahun lalu. Sebahagian besar peningkatan ini adalah disebabkan tindakan sebut harga Pakistan, jualan istimewa EMEA yang kukuh dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah di Eropah. Sebahagian besar peningkatan ini diimbangi oleh impak perintah berkurung di rumah terhadap volum jualan Pakistan pada separuh tahun pertama dan impak mata wang asing Pakistan yang negatif. Tidak termasuk kesan mata wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 7 peratus.Dividen
Pada Disember 2020, Syarikat ini membayar dividen suku tahun sebanyak $46 juta ($0.64 sesaham). Syarikat membayar $178 juta dividen pada tahun 2020.
Ramalan 2021Bagi suku tahun pertama 2021, Syarikat menjangkakan peningkatan kecil pada jumlah jualan bersih dan peningkatan sederhana pada pendapatan operasi, bergantung pada impak aliran kemunculan semula COVID-19 serta kecepatan dan keberkesanan vaksin. Volum jualan bersih semasa pandemik secara umumnya berhubung kait dengan peningkatan pada aktiviti pengguna dan pengambilan makanan serta minuman luar rumah.Bagi tahun penuh, Syarikat menjangkakan jualan bersih dan pendapatan operasi rantau meningkat secara sederhana, dipacu oleh pertumbuhan bahan istimewa, pemulihan volum lain dan penjimatan Cost Smart. Disebabkan persekitaran yang tidak menentu, buat masa ini Syarikat tidak memberikan panduan bagi EPS tahun penuh 2021 dan aliran tunai daripada operasi.Kos korporat tahun penuh dijangkakan akan mendatar dengan kadar cukai berkesan yang dilaporkan dan dilaraskan, masing-masing pada 26.5 peratus hingga 28 peratus.Komitmen pelaburan modal dijangkakan antara $330 juta hingga $350 juta, yang daripadanya lebih $100 juta dilaburkan untuk mendorong pertumbuhan Pengkhususan.Butiran Panggilan Persidangan dan Siar Web
Ingredion akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Rabu, 3 Februari 2021 pada pukul 8:00 pg. Waktu Sentral, dihoskan oleh Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif serta James Gray, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan. Panggilan akan disiarkan dalam web dalam masa nyata dan akan disertakan pembentangan yang boleh diakses melalui laman web Syarikat di www.ingredion.com. Pembentangan akan tersedia untuk dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan bermula. Main semula akan tersedia untuk tempoh masa yang terhad di www.ingredion.com.
Tentang Syarikat Ini
Ingredion Incorporated (NYSE: INGR) yang beribu pejabat di subbandar Chicago ialah peneraju global pembekal penyelesaian bahan yang berkhidmat untuk pelanggan di lebih daripada 120 buah negara. Dengan jualan bersih tahunan 2020 sebanyak $6 bilion, Syarikat memproses biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan tumbuhan lain untuk menjadi penyelesaian bahan tambah nilai untuk industri makanan, minuman, pemakanan haiwan, pembuatan bir dan industri lain. Dengan 29 pusat inovasi Ingredion Idea Labs® di seluruh dunia dan kira-kira 12,000 pekerja, Syarikat mencipta bersama dengan pelanggan dan memenuhi tujuannya untuk menyatukan potensi manusia, alam semula jadi dan teknologi untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Layari ingredion.com untuk maklumat lanjut dan berita terkini tentang Syarikat.
Pernyataan ProspektifSiaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat memaksudkan pernyataan prospektif untuk dilindungi oleh peruntukan pelabuhan selamat bagi pernyataan tersebut.Pernyataan prospektif merangkumi, antara lain, sebarang pernyataan tentang jangkaan Syarikat berkaitan kesan COVID-19, jualan bersih Syarikat, pendapatan operasi rantau, kos korporat, kadar cukai berkesan serta perbelanjaan modal Syarikat bagi tahun 2021 dan sebarang anggapan, jangkaan atau kepercayaan yang menjadi dasar kepada perkara di atas. Pernyataan ini kadangkala dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan prospektif, seperti “mungkin,” “akan,” “perlu,” “menantikan,” “menganggap,” “yakin,” “merancang,” “mengunjurkan,” “menganggar,” “mengharap,” “berniat,” “terus,” “proforma,” “meramal,” “menjangka”, “mendorong,” “peluang,” “potensi,” “sementara” atau ungkapan lain yang serupa atau negatif. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah dalam siaran ini atau dirujuk dalam siaran ini ialah “pernyataan prospektif.”Pernyataan ini berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk pada risiko dan ketidakpastian inheren tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan berada di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang digambarkan dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diperingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar.Hasil dan perkembangan sebenar mungkin berbeza secara material daripada jangkaan yang dinyatakan secara tersurat atau tersirat oleh pernyataan prospektif kami disebabkan oleh risiko dan ketidakpastian berikut, antaranya: impak berterusan COVID-19, keutamaan dan persepsi penggunaan yang berubah, termasuk yang berkaitan dengan sirap jagung fruktosa tinggi; kesan keadaan ekonomi global dan keadaan politik, ekonomi, perniagaan, pasaran umum yang mempengaruhi pelanggan dan pengguna di pelbagai wilayah geografi dan negara di lokasi kami membeli bahan mentah atau mengeluarkan atau menjual produk kami, termasuk, terutamanya keadaan ekonomi, mata wang dan politik di Amerika Selatan dan keadaan ekonomi dan politik di Eropah, juga kesan faktor ini terhadap jumlah jualan, harga produk, akses kami kepada pasaran kredit dan kemampuan kami untuk mengutip wang belum terima daripada pelanggan; perubahan negatif dalam pulangan pelaburan yang diperoleh daripada aset pencen kami; prestasi kewangan masa depan industri utama yang kami sediakan dan yang kami peroleh sebahagian besar jualan kami, termasuk industri makanan, minuman, pemakanan haiwan, dan pembuatan bir; ketidakpastian penerimaan produk yang dibangunkan melalui pengubahsuaian genetik dan bioteknologi; kemampuan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan perkhidmatan baharu dengan kadar atau kualiti yang mencukupi bagi memenuhi jangkaan; perubahan dalam dasar, undang-undang dan peraturan A.S. dan luar negara serta kos pematuhan undang-undang; peningkatan tekanan persaingan dan/atau pelanggan dalam industri penapisan jagung dan industri berkaitan, termasuk berkenaan dengan pasaran dan harga produk utama dan produk bersama, terutamanya minyak jagung; ketersediaan bahan mentah, termasuk kanji kentang, ubi kayu, gam Arab dan jenis jagung tertentu yang menjadi asas beberapa produk kami, kemampuan kami untuk memindahkan kemungkinan kenaikan kos jagung atau bahan mentah lain kepada pelanggan; kos dan ketersediaan bahan mentah dan tenaga; kemampuan kami untuk mengawal kos, mencapai belanjawan dan mewujudkan sinergi yang diharapkan, termasuk yang berkenaan dengan kemampuan kami untuk menyelesaikan projek penyelenggaraan dan pelaburan yang dirancang tepat pada waktunya dan mengikut belanjawan, dan mencapai penjimatan yang dijangkakan di bawah program Cost Smart kami serta berkenaan dengan pengangkutan dan kos penghantaran; kesan pasaran kewangan dan modal terhadap kos pinjaman kami, termasuk kesan turun naik mata wang asing, turun naik kadar faedah dan pertukaran serta turun naik pasaran dan risiko berkaitan dengan perlindungan nilai terhadap turun naik tersebut; kemungkinan kesan perubahan iklim; kemampuan kami untuk berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan pemerolehan atau pakatan strategik dengan syarat yang baik serta kemampuan untuk berjaya menyepadukan perniagaan yang diperoleh atau melaksanakan dan mengekalkan pakatan strategik serta mencapai sinergi yang dijangkakan berkenaan dengan semua perkara di atas; kesukaran operasi di loji pembuatan kami atau berkenaan dengan kebolehpercayaan dandang; risiko yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti produk dan kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan keselamatan, kesihatan dan keselamatan alam sekitar, dan keselamatan makanan; risiko ekonomi, politik dan lain-lain yang wujud dalam operasi di negara asing dengan mata wang asing serta penghantaran produk di antara negara, termasuk berkenaan dengan tarif, kuota dan duti; gangguan, pelanggaran keselamatan atau kegagalan yang mungkin mempengaruhi sistem, proses dan laman teknologi maklumat kami; kemampuan kami untuk mengekalkan hubungan pekerja yang memuaskan; kesan cuaca, bencana alam, perang atau tindakan permusuhan yang serupa, tindakan dan ancaman keganasan, wabak berterusan seperti COVID-19 dan peristiwa penting lain yang mungkin berlaku terhadap perniagaan kami; kemungkinan pengiktirafan caj rosot nilai atas muhibah atau aset jangka panjang; perubahan kadar cukai kami atau pendedahan kepada liabiliti cukai pendapatan tambahan; dan kemampuan kami untuk mengumpulkan dana dengan kadar yang berpatutan untuk memajukan dan mengembangkan operasi kami.Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh menyimpulkan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk keterangan lebih lanjut tentang ini dan risiko lain, lihat “Risk Factors” yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2019 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q untuk tempoh suku tahunan yang berakhir pada 31 Mac 2020 dan dalam laporan kami seterusnya pada Borang 10-Q dan Borang 8-K.MAKLUMAT HUBUNGAN:
Pelabur: Tiffany Willis, 708-551-2592
Media: Becca Hary, 708-551-2602






Disclaimer & Cookie Notice

Welcome to GOLDEA services for Professionals

Before you continue, please confirm the following:

Professional advisers only

I am a professional adviser and would like to visit the GOLDEA CAPITAL for Professionals website.

Cookie Notice

We use cookies to improve your experience on our website

Information we collect about your use of Goldea Capital website

Goldea Capital website collects personal data about visitors to its website.

When someone visits our websites, we use a third party service, Google Analytics, to collect standard internet log information (such as IP address and type of browser they’re using) and details of visitor behavior patterns. We do this to allow us to keep track of the number of visitors to the various parts of the sites and understand how our website is used. We do not make any attempt to find out the identities or nature of those visiting our websites. We won’t share your information with any other organizations for marketing, market research or commercial purposes and we don’t pass on your details to other websites.

Use of cookies
Cookies are small text files that are placed on your computer or other device by websites that you visit. They are widely used to make websites work, or work more efficiently, as well as to provide information to the owners of the site.