Skip to main content

PRA Health Sciences meluaskan responsnya terhadap COVID-19 dengan penyelesaian farmakovigilans untuk vaksin dan terapeutik yang dibenarkan

RALEIGH, N.C., April 22, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) — PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan perluasan penyelesaian farmakovigilans untuk menawarkan perkhidmatan pascapemasaran penuh bagi vaksin dan terapeutik COVID-19 dibenarkan, termasuklah kajian keselamatan pascakebenaran yang disampaikan oleh Real World Solutions. Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun melaksanakan perkhidmatan farmakovigilans dan keselamatan pesakit yang menyeluruh dalam semua bahagian terapeutik utama termasuk penyakit berjangkit, PRA boleh bekerjasama secara rapat dengan pembangun dan pengeluar ubat dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan jangka panjang bagi vaksin dan rawatan COVID-19.

Dengan ribuan vaksin, terapi COVID-19, dan modaliti baharu dan kompleks sedang dalam penyelidikan di seluruh dunia, pembangun ubat berada dalam persekitaran yang memerlukan kepantasan, ketepatan, dan ketelusan farmakovigilans serta pemantauan data keselamatan.

“Oleh sebab lebih banyak vaksin dan terapeutik COVID-19 telah diluluskan, Marketing Authorization Holders akan mempunyai jumlah data keselamatan untuk disemak dan dilaporkan dalam masa hampir nyata,” kata Sabine Richter, Ph.D, Naib Presiden, Farmakovigilans & Keselamatan Pesakit, PRA Health Sciences. “Penyelesaian farmakovigilans kami membolehkan klien mematuhi standard pelaporan kawal selia dan pematuhan serta menjalankan pengawasan keselamatan yang berterusan untuk memastikan tahap tertinggi bagi keselamatan pesakit.”

Dengan pasukan global yang terdiri daripada lebih 800 pakar farmakovigilans dan keselamatan pesakit, berserta Center for Vaccines and Emerging Infectious Diseases dan pasukan Real World Solutions, PRA menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk mengesan, menilai, memahami, meminimumkan, dan mencegah kesan buruk atau risiko berkaitan ubat yang lain. PRA terus melabur dalam pendekatan dan teknologi baharu, seperti kecerdasan buatan, automasi dan analisis data yang boleh mengurus jumlah data farmakovigilans yang besar dan memastikan pemantauan masa hampir nyata bagi maklumat keselamatan.

Selain itu, menggunakan Platform Kesihatan Mudah Alih PRA, peserta boleh mendaftarkan diri sendiri dalam PASS pada masa vaksinasi – memberikan cara yang mudah untuk melaporkan gejala dan memberikan akses kepada pusat koordinasi diketuai jururawat untuk melaporkan gejala yang mungkin memerlukan susulan dengan pembekal jagaan kesihatan.

“Respons vaksinasi dan terapeutik COVID-19 global merupakan salah satu program kesihatan awam terbesar bagi jangka hayat kita. Data keselamatan dan analisis masa hampir nyata adalah penting untuk mengenal pasti, menilai, dan mencegah risiko berkaitan ubat dengan cepat,” kata Greg Licholai, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Maklumat Perubatan, PRA Health Sciences. “Platform Kesihatan Mudah Alih dan penyelesaian farmakovigilans PRA merupakan contoh komitmen PRA terhadap pendekatan mengutamakan pesakit kepada penyelidikan klinikal dan penyampaian jagaan kesihatan.”

Sejak berlakunya pandemik, PRA telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menyokong respons COVID-19. Kepimpinan PRA Health Sciences dalam kesihatan digital membolehkan kita mengurus kajian dan program COVID-19 dengan cepat dan proaktif, termasuklah:

  • Mengembangkan Platform Kesihatan Mudah Alih, platform percubaan klinikal terpencar PRA, untuk memenuhi keperluan penaja bagi kajian COVID-19 maya.
  • Mengurus garis masa permulaan kajian yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang dilakukan dalam masa berhari-hari dan bukannya berbulan-bulan. Pada tahun 2020, PRA membawa satu kajian daripada protokol akhir hingga pesakit pertama yang diberikan dos untuk terapeutik COVID-19 dalam masa hanya lima hari – garis masa yang tidak pernah didengari dalam industri sebelum ini. Dalam tempoh 15 hari, skop percubaan berkembang di luar AS dan berakhir dengan 2,000 orang pesakit merentasi 280 tapak di 35 buah negara.
  • Melancarkan Program Pemantauan COVID-19, iaitu penyelesaian komersial hujung ke hujung yang menyokong pesakit dan pentadbir dalam mengurangkan kesan COVID-19, daripada pendidikan, pendedahan, pengujian, pemantauan dan sehingga pemulihan. Baru-baru ini, program itu dipertingkat dengan kemampuan pengujian COVID-19 di rumah dan perkhidmatan bot berasaskan AI untuk menjawab soalan berkaitan COVID-19 daripada pesakit.
  • Menjalankan analisis data dalam dunia sebenar yang berterusan bagi lebih daripada 26 juta pesakit yang telah terdedah, diuji, didiagnosis dengan COVID-19, atau telah menerima vaksinasi COVID-19. Dengan menggunakan data tuntutan perubatan dan preskripsi yang dinyahkenal pasti, PRA menjejak pesakit secara longitudinal dan menggunakan cerapan ini untuk meningkatkan reka bentuk kajian, seperti mengesahkan kriteria keterangkuman/pengecualian terhadap corak jagaan dunia sebenar dan mengenal pasti doktor yang mengurus jumlah pesakit COVID-19 yang tinggi untuk tapak penyelidik yang berpotensi.

Sila lawati PRAHS.com untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian farmakovigilans PRApenyelesaian keselamatan pesakit yang khusus untuk COVID-19, dan cara PRA membantu klien menavigasi COVID-19.

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah dan memiliki lebih 17,500 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam percubaan penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com 

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435 

Disclaimer & Cookie Notice

Welcome to GOLDEA services for Professionals

Before you continue, please confirm the following:

Professional advisers only

I am a professional adviser and would like to visit the GOLDEA CAPITAL for Professionals website.

Important Notice for Investors:

The services and products offered by Goldalea Capital Ltd. are intended exclusively for professional market participants as defined by applicable laws and regulations. This typically includes institutional investors, qualified investors, and high-net-worth individuals who have sufficient knowledge, experience, resources, and independence to assess the risks of trading on their own.

No Investment Advice:

The information, analyses, and market data provided are for general information purposes only and do not constitute individual investment advice. They should not be construed as a basis for investment decisions and do not take into account the specific investment objectives, financial situation, or individual needs of any recipient.

High Risks:

Trading in financial instruments is associated with significant risks and may result in the complete loss of the invested capital. Goldalea Capital Ltd. accepts no liability for losses incurred as a result of the use of the information provided or the execution of transactions.

Sole Responsibility:

The decision to invest or not to invest is solely the responsibility of the investor. Investors should obtain comprehensive information about the risks involved before making any investment decision and, if necessary, seek independent advice.

No Guarantees:

Goldalea Capital Ltd. makes no warranties or representations as to the accuracy, completeness, or timeliness of the information provided. Markets are subject to constant change, and past performance is not a reliable indicator of future results.

Regional Restrictions:

The services offered by Goldalea Capital Ltd. may not be available to all persons or in all countries. It is the responsibility of the investor to ensure that they are authorized to use the services offered.

Please note: This disclaimer is for general information purposes only and does not replace individual legal or tax advice.