Skip to main content

Platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA dipilih oleh Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk digunakan dalam gabungan dengan sistem rawatan hormon pertumbuhan manusia miliknya

RALEIGH, N.C., April 08, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) — PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan bahawa Merck KGaA, Darmstadt, Germany, yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai EMD Serono, telah memilih platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA untuk digunakan dalam gabungan dengan sistem rawatan hormon pertumbuhan manusia (HCH) miliknya. Di bawah perjanjian ini, platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA menyokong sistem rawatan HGH Merck KGaA, Darmstadt, Germany termasuklah growlinkTM, sebuah aplikasi mudah alih untuk pesakit yang dipreskripsikan dengan rawatan HGH, dan easypod® Connect, platform yang selamat untuk profesional jagaan kesihatan (HCP) dalam bidang endokrinologi untuk memantau kepatuhan pesakit, menyemak sejarah suntikan, dan berkongsi maklumat tentang perkembangan pesakit yang menghidap gangguan hormon pertumbuhan.

“Pesakit dan pembayar mengharapkan kami untuk menawarkan teknologi baharu seperti aplikasi yang menyokong rawatan, dengan tahap privasi dan keselamatan data yang tertinggi,” kata Andre Musto, Presiden Kanan dan Ketua Metabolisme Kardiovaskular & Endokrinologi, Merck KGaA, Darmstadt, Germany. “Dengan growlink dan easypod Connect, yang disokong oleh platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA, kami boleh menawarkan alat yang inovatif untuk membantu dalam mengurus keadaan mereka dan memastikan pembayar menggunakan rawatan yang berkesan sambil menghormati privasi dan keselamatan data mereka sepenuhnya.”

Rawatan hormon pertumbuhan manusia kerap dipreskripsikan untuk kanak-kanak dan remaja yang mengalami kekurangan hormon pertumbuhan, keadaan yang memberikan kesan kepada kira-kira 1:4,000 hingga 1:10,000 kanak-kanak1 setiap tahun di A.S. Walaupun terdapat kelaziman bagi kekurangan hormon pertumbuhan dan pilihan rawatan, salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan pesakit mematuhi rejimen tersebut. Menambahkan lapisan teknologi ini kepada rawatan HGH memudahkan penglibatan pesakit dengan lebih baik, membantu HCP memanfaatkan lawatan pesakit dengan lebih baik dan memastikan rawatan diambil dengan kerap dan pada dos yang betul, mengoptimumkan hasil rawatan dan memberikan keyakinan pembayar.

Dalam persekitaran dunia nyata, HCP akan menggunakan easypod Connect untuk mengundang pesakit memuat turun aplikasi mudah alih, growlink. Kemudian pesakit memuat turun aplikasi mudah alih, menandatangani borang ePersetujuan pada aplikasi dan menyegerakkan aplikasi dengan peranti perubatan penyuntik HGG milik Merck KGaA, Darmstadt, Germany iaitu easypod. Peranti ini mampu mengawal sendiri dos HGH yang sesuai berdasarkan protokol rawatan. Sistem empat bahagian – aplikasi mudah alih (growlink) Merck KGaA, Darmstadt, Germany, peranti yang disambungkan (easypod), dan platform HCP (easypod Connect) dilengkapi oleh teknologi pemantauan pesakit jarak jauh PRA – membolehkan HCP untuk melihat gambaran tepat bagi pematuhan, tinggi, berat, dan hasil lain pesakit sementara menawarkan pesakit cara yang lebih mudah untuk mengikuti rejimen rawatan mereka dan mengurus keadaan mereka.

“Selama bertahun-tahun, PRA telah berfokus pada mereka bentuk platform kesihatan digital hujung-ke-hujung yang menyokong penyampaian jagaan kesihatan mudah alih, seperti pemantauan pesakit jarak jauh,” kata Kent Thoelke, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Saintifik, PRA Health Sciences. “Kerjasama kami dengan Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk menyokong growlink dan easypod Connect merupakan contoh cara industri sedang maju dengan pesakit di pusat inovasi kami.”

PRA mengehoskan webinar yang dipanggil, How Digital Therapeutics and Remote Patient Monitoring Can Drive Pharmaceutical Product Differentiation, untuk membantu dalam mewujudkan perbezaan. Akses main balik webinar hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyelesaian pemantauan pesakit jarak jauh PRA, lawati www.prahs.com.

1 Stanley T. Diagnosis of Growth Hormone Deficiency in Childhood. HHS Public Access. Tersedia di https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3279941/

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah dan memiliki lebih 19,000 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam percubaan penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435

Disclaimer & Cookie Notice

Welcome to GOLDEA services for Professionals

Before you continue, please confirm the following:

Professional advisers only

I am a professional adviser and would like to visit the GOLDEA CAPITAL for Professionals website.

Important Notice for Investors:

The services and products offered by Goldalea Capital Ltd. are intended exclusively for professional market participants as defined by applicable laws and regulations. This typically includes institutional investors, qualified investors, and high-net-worth individuals who have sufficient knowledge, experience, resources, and independence to assess the risks of trading on their own.

No Investment Advice:

The information, analyses, and market data provided are for general information purposes only and do not constitute individual investment advice. They should not be construed as a basis for investment decisions and do not take into account the specific investment objectives, financial situation, or individual needs of any recipient.

High Risks:

Trading in financial instruments is associated with significant risks and may result in the complete loss of the invested capital. Goldalea Capital Ltd. accepts no liability for losses incurred as a result of the use of the information provided or the execution of transactions.

Sole Responsibility:

The decision to invest or not to invest is solely the responsibility of the investor. Investors should obtain comprehensive information about the risks involved before making any investment decision and, if necessary, seek independent advice.

No Guarantees:

Goldalea Capital Ltd. makes no warranties or representations as to the accuracy, completeness, or timeliness of the information provided. Markets are subject to constant change, and past performance is not a reliable indicator of future results.

Regional Restrictions:

The services offered by Goldalea Capital Ltd. may not be available to all persons or in all countries. It is the responsibility of the investor to ensure that they are authorized to use the services offered.

Please note: This disclaimer is for general information purposes only and does not replace individual legal or tax advice.