Skip to main content

Asia Broadband Mula Beroperasi Hari Ini Dengan Jualan Token Mata Wang Kripto Disokong Emas

LAS VEGAS, March 24, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) — menerusi InvestorWire – Asia Broadband Inc. (OTC: AABB) (“AABB” atau “Syarikat”) berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran jualan hari ini bagi token mata wang kripto AABB Gold (AABBG) Syarikat yang dibangunkan oleh Core State Holdings, Corp. (CSHC). Untuk membuat pembelian token, pengguna AABB Wallet mesti mengemas kini aplikasi atau memuat turun versi aplikasi terbaru dan melepasi proses Know Your Client (KYC). Dalam versi AABB Wallet yang baharu ini, token ini hanya akan tersedia untuk pembelian dalam bentuk mata wang kripto utama lain seperti Bitcoin, Ethereum dan Litecoin.

Oleh itu, pembeli perlu meletakkan mata wang kripto sedia ada dalam sebarang dompet pihak ketiga seperti Coinbase atau Binance. Kemudian, pembeli akan mendepositkan mata wang kripto daripada dompet pihak ketiga mereka ke dalam AABB Wallet untuk menukarkan dan membeli token AABB Gold (AABBG) untuk harga semasa bagi 0.1 gram emas (kira-kira $5.60 USD) serta sejumlah kecil yuran transaksi. Sokongan untuk pengguna AABB Wallet tersedia pada laman web www.AABBGoldToken.com dan melalui e-mel kepada AABBWallet@gmail.com.

Pengeluaran token awal disokong oleh $30 juta emas fizikal yang berada dalam pegangan Syarikat sekarang. Pada harga pasaran emas hari ini, pengeluaran token awal yang tersedia untuk dibeli ini ialah 5.4 juta token pada satu persepuluh (0.1) gram harga emas (kira-kira $5.60 USD) untuk setiap token AABBG. Harga token ini terikat kepada dan disokong oleh Syarikat pada harga pasaran emas pada minimum. Semasa turun naik harga emas, harga minimum yang disokong bagi token AABBG akan menaik atau menurun tetapi kemungkinan harga turun naik bagi token itu akan dipacu oleh permintaan pasaran.

Token AABB Gold (AABBG) 100% disokong oleh emas fizikal yang dipegang oleh Syarikat dan pengeluaran token tambahan akan terus disokong secara 100% oleh emas fizikal tambahan yang diperoleh daripada penghasilan perlombongan masa hadapan, emas yang dibeli daripada rizab wang tunai atau kredit.

AABB Wallet versi pelancaran akan membolehkan pembeli untuk memindahkan token AABBG kepada orang lain yang juga mempunyai AABB Wallet tetapi pada permulaannya token tidak boleh ditukarkan dalam AABB Wallet untuk mata wang kripto lain. AABB Wallet versi sulung ini akan membolehkan Syarikat untuk meningkatkan peredaran token dan mengumpulkan hasil untuk digunakan bagi sokongan dan penstabilan harga token apabila AABBG boleh ditukarkan secara bebas dalam pasaran terbuka.

Syarikat ini, bersama-sama CSHC, sedang membangunkan Tukaran mata wang kripto proprietari miliknya yang akan membolehkan pengguna AABB Wallet untuk menukarkan token AABB Gold mereka dengan cepat untuk mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum dan Litecoin. AABB mendukung falsafah perintis dengan pendekatan operasi penyepaduan vertikalnya yang sangat unik iaitu Mine-to-Token yang berusaha menuju kebebasan sepenuhnya daripada mata wang FIAT.

Matlamat utama AABB untuk token ini adalah untuk menjadi standard pertukaran yang dilindungi dan dipercayai dengan sokongan emas, dengan memperluas peredaran token yang menyasarkan populasi besar dan pasaran yang pesat secara progresif di peringkat global termasuk China dan Asia Timur. Syarikat ini bekerjasama dengan CSHC untuk melancarkan kempen pemasaran bagi token AABB Gold, AABB Wallet dan pembangunan jenama korporat. Usaha pemasarannya bertujuan untuk menyebarkan pendedahan jenama dan reputasi secara pesat, meningkatkan penggunaan token AABB Gold dan AABB Wallet dan memperluas kesedaran orang awam dan komuniti pelaburan tentang Syarikat ini.

Perihal Asia Broadband

Asia Broadband Inc. (OTC: AABB) merupakan syarikat sumber yang memfokuskan pada pengeluaran, bekalan dan jualan logam berharga dan asas terutamanya pada pasaran Asia. Syarikat ini menggunakan kepakaran geografi khusus, pengalaman dan kenalan industri yang luas untuk memudahkan proses pengagihan inovatifnya daripada pengeluaran dan bekalan logam berharga dan asas di Mexico sehingga rangkaian jualan klien di Asia. Pendekatan penyepaduan vertikal ini dalam urus niaga jualan merupakan kekuatan unik AABB yang membezakan Syarikat ini dan mewujudkan nilai tersendiri untuk pemegang sahamnya. Syarikat ini baru mengeluarkan kripto wang disokong emas mine-to-token yang baru ditempa iaitu token AABB Gold (AABBG) dan bermatlamat untuk menjadi standard pertukaran sedunia yang dilindungi dan dipercayai dengan sokongan emas, kualiti yang hebat berbanding mata wang kripto lain. Lawati www.AsiaBroadbandInc.com dan www.AABBGoldToken.com

Hubungi Syarikat di:

Investor Brand Network 
E-mel Umum:ir@asiabroadbandinc.com
E-mel Sokongan Token:AABBWallet@gmail.com
Laman Web Syarikat:www.asiabroadbandinc.com
Laman Web Token:www.AABBGoldToken.com
Telefon:702-866-9054

Pernyataan Prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini selaras dengan Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan ini berdasarkan kepercayaan semasa Asia Broadband Inc. (“Syarikat”) yang dijangkakan tentang perniagaan Syarikat yang tertakluk pada ketidaktentuan dan perubahan. Operasi dan hasil Syarikat boleh menjadi berbeza secara material berbanding yang dinyatakan atau dibayangkan oleh pernyataan di atas semasa keadaan industri, peraturan, pasaran dan persaingan berubah. Maklumat lanjut tentang risiko ini boleh didapati dalam pendedahan tahunan dan suku tahunan yang diterbitkan oleh Syarikat pada laman web OTC Markets. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengubah pernyataan prospektifnya memandangkan keadaan, acara dan maklumat masa hadapan boleh berubah.

Komunikasi Korporat:
InvestorBrandNetwork (IBN)
Los Angeles, California
www.InvestorBrandNetwork.com
310.299.1717 Pejabat
Editor@InvestorBrandNetwork.com

Disclaimer & Cookie Notice

Welcome to GOLDEA services for Professionals

Before you continue, please confirm the following:

Professional advisers only

I am a professional adviser and would like to visit the GOLDEA CAPITAL for Professionals website.

Important Notice for Investors:

The services and products offered by Goldalea Capital Ltd. are intended exclusively for professional market participants as defined by applicable laws and regulations. This typically includes institutional investors, qualified investors, and high-net-worth individuals who have sufficient knowledge, experience, resources, and independence to assess the risks of trading on their own.

No Investment Advice:

The information, analyses, and market data provided are for general information purposes only and do not constitute individual investment advice. They should not be construed as a basis for investment decisions and do not take into account the specific investment objectives, financial situation, or individual needs of any recipient.

High Risks:

Trading in financial instruments is associated with significant risks and may result in the complete loss of the invested capital. Goldalea Capital Ltd. accepts no liability for losses incurred as a result of the use of the information provided or the execution of transactions.

Sole Responsibility:

The decision to invest or not to invest is solely the responsibility of the investor. Investors should obtain comprehensive information about the risks involved before making any investment decision and, if necessary, seek independent advice.

No Guarantees:

Goldalea Capital Ltd. makes no warranties or representations as to the accuracy, completeness, or timeliness of the information provided. Markets are subject to constant change, and past performance is not a reliable indicator of future results.

Regional Restrictions:

The services offered by Goldalea Capital Ltd. may not be available to all persons or in all countries. It is the responsibility of the investor to ensure that they are authorized to use the services offered.

Please note: This disclaimer is for general information purposes only and does not replace individual legal or tax advice.